Hari ini , TBA ingin memberitahu Perkara yang anda perlu tahu sebelum memulakan bisnes
Jangan Cepat Hilang Fokus
Setiap perniagaan yang ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, ramai usahawan berjaya menyarankan agar kita tidak mengerjakan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa kerana kita mempunyai limitasi terhadap perkara-perkara tersebut.
Ketika kita asyik mengusahakan sesuatu perniagaan, maka tidak semena-mena banyak sekali peluang perniagaan lain yang nampak meyakinkan dan menguntungkan muncul. Sebelum ini tidak pernah pula kita melihat peluang keemasan sebegini!
Ubah Mindset Mengenai Kejayaan Perniagaan
Saya mula menjalankan perniagaan pada usia 16 tahun, jadi erti kejayaan dari sudut pandangan saya tersangatlah naif. Pada mulanya, saya berpendapat seseorang itu dikategorikan berjaya di dalam bisnes apabila beliau dapat memandu kereta mewah, memiliki rumah yang besar, memakai pakaian berjenama mahal dan pelbagai simbol kejayaan palsu lain.
Salah satu kesilapan yang banyak dilakukan oleh orang-orang yang baru menceburi dunia bisnes adalah tindakan membeli benda-benda yang berfungsi sebagai bukti palsu kejayaan.
Tingkah laku membeli simbol-simbol duit dilakukan oleh individu yang tidak memiliki banyak duit. Motif mereka adalah mahu menunjukkan mereka kononnya mempunyai banyak duit, lalu mereka membeli benda-benda yang mereka tidak mampu memilikinya.
- Puan Ainon Mohd, Chairman Kumpulan PTS
0 ulasan
BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^