Raya dah tak lama , bagi peniaga mesti sudah merancang strategi atau planin macam mana nak dapatkan duit sebelum raya , salah satunya ialah Dengan Buat Kuih Raya bagaimana ? ini ada sedikit tips ini dari blog ini , untuk dikongsikan bersama .
Letak Matlamat Realistik
Matlamat ni untuk kita tentukan target berapa bekas biskut raya yang mampu kita buat sendiri.Kalau anda memang ada ramai tenaga kerja, mungkin target boleh besar, kalau untuk permulaan, target sekitar 200 ke 300 bekas dahulu.Jadi bila ada target, senang nak beli bahan-bahan buat biskut, dan rancang jadual nak siapkan semua biskut-biskut tu.
Ambil Tempahan atau Jual Terus?
Hal ini penting sebagai strategi anda untuk bisnes kuih raya. Kalau anda ambil tempahan, mungkin terpaksa menolak permintaan jika tempahan dapat agak lewat.Anda pula terpaksa bersengkang mata siapkan tempahan tersebut.Lain pula, jika anda buat dan jual terus.Ia tidak akan menganggu masa anda untuk keluarga dan menjalankan rutin ibadah sepanjang ramadan.
Fokus Satu Jenis Biskut Sahaja
Maksudnya guna Single Menu strategy. Mulakan dengan jual satu jenis produk dahulu, bina reputasi dan keyakinan pelanggan terhadap produk kita.Kita akan kelihatan lebih pakar.Misalnya mak mertua saya cuma jual rempeyek tradisional dia tu, sah-sah time raya dan tak raya orang akan hanya cari rempeyek mak mertua saya tu.Dia dah expertise bab rempeyek tu.hoho.
Selain itu, banyak kelebihan kalau kita fokus kepada satu jenis biskut atau produk sahaja.Antaranya pengurusan stok lebih mudah dan juga pengurusan bahan mentah.Tak payah fikir nak beli bahan yang pelbagai sebab kita cuma buat satu jenis produk sahaja.
Pilih Biskut Yang Senang
Misalnya antara buat kuih Suji dengan Tart nenas, mana yang lebih mudah?Tapi bila dibandingkan dengan Tart Nenas, Suji jauh lebih simple, lebih mudah, lebih cepat dan boleh tahan juga permintaannya. Biskut suji cuma perlu (1) uli, (2) terap dan (3) terus bakar. Itu sahaja. Tapi kalau tart nenas; (1) siapkan jem nenas, (2) uli, (3) terap, (3) letak jem, (4) sapu telur dan (5) bakar. Suji cuma 3 proses, sedangkan Tart Nenas 5 proses!
Maksudnya, Suji lebih simple, lebih mudah dan jimat masa. Chef Li pernah pesan, bila nak berniaga, pilihlah produk yang mudah. Mudah sebelum, semasa, dan lepas menjual. Sebab memang ada produk yang penat untuk prepare, penat semasa menjual, dan penat mengemas selepas menjual!
Produk Untung Melepasi 100 peratus
Pesan Chef Li, kalau nak berniaga produk makanan, pilih produk yang untung at least seratus peratus! Kalau kosnya RM10, harga produk at least RM20. Untung itulah upah masa dan penat kita. Yang paling baik, untungnya 400% dan ke atas. Itu baru cepat pergi haji kata Chef Li.
Jadi siapa nak berniaga biskut raya, cuba buat kira-kira dulu kos bahan mentah untuk siapkan satu bekas biskut tu. Saya ulang lagi sekali, mesti kira berapa kos sebekas biskut?. Jangan main agak-agak jer. Kena buat costing la sikit. Kalau untung tak sampai 100 peratus, Chef nasihatkan cari produk lain. Takut nanti buat penat je.
Strategi Harga Mampu Milik
Letakkan harga yang berpatutan dan customer fikir ianya lebih murah.Andaikan anda mahu meletakkan 100 biji biskut dahlia dengan harga RM 36 sebekas.Dari sudut psikologinya, customer nampak harga itu lebih mahal. Tukarkan kepada bekas yang lebih kecil dengan 50 biji satu bekas, dan letakkan harga RM20, Jadi insya Allah, ramai customer sanggup beli.Tambah-tambah nak jumpa biskut Dahlia anda cuma ada time raya je, lagilah depa sanggup ambik 10 balang sekaligus!
Simpan Rekod Pembeli
Setiap orang yang beli dengan kita, kita mesti simpan rekod. Bila datang musim raya macam ni, Jadi bila nak promote biskut tu, Kita cuma blast mesej kepada semua regular customer.Bila ada regular customer, tak perlu pun bagi sample. Mereka dah tahu rasa dan standard Biskut yang kita buat.
Bahkan regular customer ni yang tolong promote secara percuma kepada kawan-kawan.Tapi kalau first time berniaga, memang kena bagi sample. Dan pastikan sample tu mesti sama dengan biskut sebenar yang kita siapkan nanti. Jangan pulak sample sedap, tapi bila siapkan banyak tempahan, hasilnya tak sedap.
Baking With Love
Akhir sekali, buatlah produk terbaik dengan cara yang terbaik.Utamakan kebersihan dan buat seperti mana anda ingin anak atau keluarga anda menikmatinya.Air tangan kita dalam menyediakan sesuatu hidangan atau masakan banyak bergantung kepada bagaimana perasaan dan niat kita waktu menyediakannya.
Jangan sampai kita pula tinggal solat kerana nak buat bisness kuih raya punya pasal.Insya Allah, kalau kita buat dengan cara yang betul dan berkat, rezeki yang datang itu akan berlipat kali ganda, lebih banyak dari yang kita jangkakan.
0 ulasan
BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^