Balik Kepada Asas

Balik kepada asas. Ini adalah salah satu prinsip untuk bangkit lebih berjaya lebih jauh lagi.  Biar saya terangkan. 

Ada ketika nya di dalam perjalanan untuk mencapai matlamat kita atau menjalani kehidupan kita, kita cuba melakukan banyak perkara, kita berlari terlalu laju dan kita di serabutkan dengan banyak perkara dan kadang-kadang sehingga kita lari daripada fokus matlamat sebenar atau asal, kita juga mungkin terbawa-bawa berfikir banyak perkara sehingga kita terlepas pandang perkara-perkara asas samada dalam kehidupan atau dalam bisnes. 

Contoh perkara asas dalam kehidupan adalah mungkin senyum, ucapan terima kasih, jaga solat, solat dhuha, tahajud mungkin, bersedekah, spend time dengan mak ayah kita atau berdua-duaan dengan suami atau isteri kita, meberi ucapan "I love you" kepada orang yang kita sayangi dek kerana kita tiba-tiba jadi sibuk juggle antara kerja, keluarga, tanggungjawab, hutang, cari duit dan pelbagai cabaran atau masalah sehingga kita terlepas perkara-perkara asas.

Contoh perkara asas dalam bisnes adalah di dalam kita sibuk membina perniagaan, kita terlepas perkara mudah seperti mengucapkan terima kasih dan senyum kepada pelanggan kita, menghargai mereka dengan memberikan sesuatu, Menghantar sms ucapan ketika musim perayaan sebagai tanda ingatan, mengadakan majlis kecil-kecilan meraikan pekerja kita atau mungkin semudah balik kepada asas buat sales dan marketing dari basic sehingga ke tahap advanced. 

Satu pepatah inggeris yang saya sangat ingat setiap kali saya melalui cabaran sepanjang perjalanan ini, iaitu 
"Tough time won't last, tough people do!"
Tak tahu macamana nak explain, tapi macam tulah maksudnya.  Orang yang ego bila dia di atas, agak susah untuk bangkit bila dia jatuh.  

Adakah anda sentiasa untuk bermula semula dan bangkit lebih luar biasa?
no image
Item Reviewed: Balik Kepada Asas 9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.
Emoticon? nyengir

BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^

Komen Terbaru

Just load it!