Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ya Allah... Ya Rahman.. Ya Rahim. Kau ampunilah dosa-dosa yang telah aku buat.
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas. Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal. Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan. Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista.
Kau kuatkanlah semangatku menempuh segala cabaran mu. Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya allah. Sekiranya lelaki ini adalah pilihan mu di Arash. Berilah aku kekuatan dan terus bersamanya.
Sekiranya beliau ini adalah yang akan membimbing tanganku di titian mu. Kurniakanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.
Sekiranya beliau adalah lelaki untukku di jannah Mu.Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya beliau adalah lelaki yang terbaik untukku di dunia Mu. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya beliau adalah jodoh yang di rahmati oleh Mu. Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.
Tetapi Ya Allah.. Sekiranya beliau ini di takdirkan bukan untuk diriku seorang. kau tunjukkan lah jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu.
Kau yang Maha mengetahui apa yang terbaik untukku. Sekiranya aku tersilap membuat keputusan. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah.. Sesungguhnya aku lemah tanpa Mu. Aku buta tanpa bimbingan Mu. Aku cacat tanpa hidayah Mu. Aku hina tanpa rahmat Mu.
Amin Ya Robbal Alamin.