Menjadi Seorang Yang Produktif #2

Dalam post sebelum ni ramai kata mereka selalu gunakan Reactive Brain. Jadi bagaimana caranya untuk maksimakan penggunaan Thinking Brain? Dalam buku ini, penulis berkongsi satu rangka kerja yang dipanggil "Time Matrix Model"

Objektif: Membezakan antara aktiviti yang merapu dengan yang betul-betul menyumbang untuk kita capai goal kita dalam bisnes/personal life.

Ada EMPAT bahagian dalam sistem ini:

1. "Necessity" - Sebarang aktiviti yang urgent dan tidak dirancang yang anda perlu buat dengan segera. Jika tidak buat, akan ada masalah besar.
Contoh: Tiba-tiba jamban rosak, kena repair.

2. "Extraordinary productivity" - Sebarang aktiviti yang ada impak paling besar dalam mencapai objektif kerja/personal life anda.
Contoh: Jika objektif kita adalah buat jualan di FB, aktiviti pentingnya adalah hasilkan iklan yang bagus.

3. "Distraction" - Sebarang tugasan yang mungkin rasa macam urgent tapi sebenarnya tak menyumbang apa-apa pun dalam mencapai goals anda.
Contoh: Check notifications FB setiap 10 minit.

4. "Waste" - Sebarang aktiviti yang tidak penting dan mengganggu fokus anda.
Contoh: Tengok drama di TV berjam-jam sehari.

Jadi apa anda kena buat dengan semua bahagian atas ni?
no image
Item Reviewed: Menjadi Seorang Yang Produktif #2 9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.
Emoticon? nyengir

BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^

Komen Terbaru

Just load it!