Bisnes Memerlukan Channel yang banyak

Adalah mitos bahawa sesiapa yang mempunyai produk yang bagus, maka dialah yang akan kaya, atas hujah pembeli hanya mahukan produk yang bagus.

Dalam kalangan usahawan Melayu, terdapat banyak pengeluar produk yang bagus-bagus, tetapi mereka tidak mempunyai banyak channel.

Produk memerlukan channel, bukan 1 channel, tetapi banyak-banyak channel. Kejayaan burger Ramly adalah disebabkan syarikat itu membuka banyak channel di seluruh negara. Orang dapat membeli burger Ramly di mana-mana. Pengeluar burger Ramly tidak membuka channelnya sendiri. Ia menyalurkan burgernya kepada pembeli melalui channel yang dimiliki pihak-pihak lain.

Apabila jumlah channel sedikit, maka sedikitlah sahaja produk yang dapat dipasarkan. Apabila channel banyak, barulah produk itu dapat disampaikan kepada lebih banyak pembeli.

no image
Item Reviewed: Bisnes Memerlukan Channel yang banyak 9 out of 10 based on 10 ratings. 9 user reviews.

Komen Terbaru

Just load it!