Berapa ramai kawan yang bergaduh sesama mereka bila buat bisnes sama-sama. Terutamanya sebagai rakan kongsi. Puncanya, hak-hak memasing tak disebut secara jelas sejak dari awal lagi. Hak-hak seperti dari segi hak milik, pembahagian keuntungan dan sebagainya.
Belum kira lagi ada yang kata patut dapat banyak, tapi dapat sikit je. Begitu juga kes kawan makan kawan. Serta kes kawan kena tendang keluar dari syarikat tanpa sebab. Sebab itu, hatta dengan kawan sekalipun, urusniaga mesti profesional.
1. Setiap hubungan kerjasama mesti ada dokumen, surat perjanjian yang ditandatangani dan sebagainya. Jika ada kes, boleh bawa ke mahkamah.
2. Apabila ada pembayaran, mesti ada resit, baru boleh claim. Kawan yang mintak claim, bukan isu tak percaya kawan, tapi sebab nak jaga kepentingan syarikat. Berapa ramai kawan yang cuba tipu syarikat sendiri atau syarikat orang lain, dengan claim palsu.
3. Ada juga kes di mana kawan-kawan mintak pinjam duit syarikat untuk urusan peribadi. Jangan perjudikan nasib perniagaan anda. Urusan peribadi, pinjamlah secara peribadi, bukan dari duit syarikat. Be professional.
4. Setiap kerja diberi, tunjukkan hasil kerja atau laporan, jika perlu. Ada kawan sendiri pergi melepak, sedangkan sepatutnya bentang kepada company lain.
5. Duit tak dinasihatkan bagi tunai di tangan. Ikut prosedur seperti kena ada satu pihak lain menemani, keluarkan duit melalui dua penama atau apa saja yang difikirkan, supaya kawan sendiri tak eksploitasi 'lubang' ini untuk mencuri. Mungkin pada awalnya niat jujur, tapi sesetengah manusia jadi 'mabuk' lepas nampak RM50,000 di tangan sendiri. Bisikan hawa nafsu tak pernah berhenti. Awaslah.
Bukanlah bermakna saya menghalang anda berkawan. Berkawanlah dengan seramai mana anda mahu. Saya pun ramai je kawan. smile emoticon Tapi dalam perniagaan, urusan perlu professional dan ikut prosedur. Kalau kawan sendiri tak nak ikut prosedur, maknanya dia tak sedia nak berurusniaga.
Lebih baik tak setuju hari ini, daripada bergaduh besar dan selisih faham di kemudian hari Atau bagi mengelakkan daripada kawan menjadi penyebab syarikat anda rugi di kemudian hari. Usah biarkan kebaikan anda dieksploitasi oleh orang lain.
0 ulasan
BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^