Apabila di sebut mengenai kejayaan dalam perniagaan, modal permulaan biasanya akan di jadikan alasan utama sesuatu peluang itu tidak di ambil.
Tetapi modal permulaan untuk sesuatu peluang yang ada tidak semestinya berbentuk duit, kerana modal boleh di bahagikan kepada 5 perkara.
Antara 5 modal tersebut:
- DUIT
- KENALAN (Networking)
- ILMU
- PENGALAMAN
- DIRI SENDIRI
Dan modal yang paling utama adalah "DIRI SENDIRI".
Modal sebenar yang di perlukan untuk berjaya dalam perniagaan adalah persediaan diri sendiri. Anda mesti bersedia untuk membayar harga kejayaan. Sama ada dalam bentuk masa, tenaga, ilmu atau duit.
Bila anda sendiri sudah bersedia. Maka kekurangan pengalaman, ilmu, kenalan dan duit akan anda dapat atasi dengan mudah.
Terlalu ramai memberikan ALASAN ketiadaan modal untuk ambil sesuatu peluang. Tetapi sebenarnya DIRI SENDIRI masih belum bersedia untuk mencipta kejayaan.