Sakit hati bila tengok 'drama sinetron' dalam arena politik negara?
Nasihat Anis simple saja untuk semua peniaga, Jangan ambil tahu sangat!
Biar orang kata kita cetek pengetahuan pasal isu semasa, tapi percayalah, ia jauh lebih baik dari anda sentiasa ambil tahu setiap isu negara.
Kenapa?
Sebab anda akan dikelilingi dengan emosi negatif saja sepanjang masa. Sakit hati, bengang, rasa tak masuk akal, geram setiap masa. Semua emosi negatif ni akan buat kita hilang fokus dalam apa yang sedang kita usahakan. Percayalah.
Anis ada nak anda cuba something , Cuba create akaun FB baru. Friend hanya dengan orang yang positif.
- Jangan like mana-mana page pun.
- Jangan friend dengan orang yang selalu post perkara negatif.
- Anda cuba login akaun tu saja selama seminggu.
- Jangan layan group Whatsapp/Telegram yang banyak post isu semasa.
- Fokus berniaga saja, fokus follow perkara positif saja.
- Jangan login akaun FB anda yang sekarang ni, login yang baru saja selama seminggu
InsyaAllah. Anda akan lihat perbezaan yang sangat menakjubkan dalam diri anda. Cubalah!
0 ulasan
BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^