Pertamanya maafkan saya kalau terlambat membalas mesej dan sebagainya. Hari ini saya tiada mood masuk ke pejabat. Saya keluar mencari ruang yang tenang. Sudah lama saya tidak menanggung gelora jiwa seperti ini. Ia amat pedih dan menyakitkan.
Maafkan saya juga kalau luahan hati ini mengheret Tuan untuk terus membaca. Saya tidak tahan lagi menanggung derita. Terpaksa ku luahkan jua. Biar semua orang tahu cerita sebenar. Ini tentang sebuah kebenaran.
Hati mana yang tidak sedih dan sayu apabila mendapat tahu diri dituduh dan orang bercakap-cakap perkara tidak betul tentang kita. Lebih menyentap hati lagi bila yang bersuara itu bukan orang lain, malah mereka antara sahabat yang paling dekat dengan kita. Saya kecewa.
Ya, saya faham semua orang berhak meluahkan pendapat dan bercakap tentang kita. Kita memang tidak mampu menutup mulut sesiapa. Mungkin juga ramai yang senang hati dan suka apabila membuat cerita tanpa usul periksa. Apakah motifnya? Dimanakah salah saya?
Apabila mendapat tahu cerita ini, saya mengambil langkah untuk bersangka baik. Saya ambil langkah tunggu dan lihat , malah terus mencuba juga untuk bertenang. Tetapi apakan daya, saya juga manusia biasa yang mempunyai maruah dan harga diri. Sungguh tidak tertanggung lagi.
Mungkin orang-orang yang membuat tuduhan dan bercakap tentang saya ini sedang seronok dan senyum membaca luahan hati saya ini. Mungkin juga mereka sedang berkata, " Padan muka dia". Saya yakin benar mereka semua sedang membaca.
.
Terasa hina dan teruk sangat diri saya ini apabila dikutuk dan diperkatakan sedimikian rupa oleh mereka. Jadi, pada ruang baik sempena Khamis Malam Jumaat ini saya ingat membuat kenyataan demi sebuah kebenaran. Harapnya selepas ini tiada lagi kata-kata sumbang kedengaran.
Tuan dan Cik Puan rakan fb yang saya muliakan selalu. Percayalah! Sesungguhnya, tuduhan yang mengatakan saya tidak mempunyai Akaun Wechat itu tidak benar sama sekali!
Ya! Itu suatu tuduhan yang sangat mengguris emosi saya.
Sebenarnya, saya memang ada akaun wechat.
Cuba cari akaun ini -----> Id: anis1991
Jumpa tak? Mesti ada punya.
Besarlah harapan saya kiranya rakan fb semua dapat sama-sama membantu saya meredakan tuduhan ini. Buktikan pada mereka yang perkara ini tidak benar. Tunjukkan pada mereka saya memang mempunyai Akaun Wechat.
Sekian luahan hati saya. Terima Kasih kerana sudi baca panjang panjang sampai habis pula tu. Ini juga langkah mendidik semangat membaca. Tahniah!