Maaf saya cakap, semua produk kesihatan adalah tidak berguna jika kita sendiri tidak faham tentang sistem badan serta kesihatan diri kita.
Pandangan saya yang baru belajar tentang kesihatan adalah:-
1) Ianya perlukan ilmu yang benar dari mereka yang mempunyai proven fakta saintifik
2) Ia perlukan disiplin yang bagus yang boleh menjadi pegangan hidup seharian
3) Ia perlukan kefahaman, penghayatan dan perlu menjadi gaya hidup
4) Ternyata untuk sihat itu mungkin mahal kerana ia melibatkan masa, tenaga dan wang tetapi sakit itu lebih mahal lagi kerana anda tidak akan dapat membeli sihat.
5) Nasihat orang tua-tua mengenai makan sayur banyak lebih 70% dari menu, minum air bersih banyak kerana ia penting untuk tubuh badan serta tidur lebih 7 jam, semuanya betul jika kita betul-betul faham dan lakukan.
Saya percaya, tidur seawal 9 malam dan bangun seawal 4 pagi mampu menyihatkan badan serta memanjangkan umur (Jangan bercakap tentang takdir mati awal).
Perkongsian ini tidak berguna jika anda tidak faham. Saya berkongsi untuk bantu diri saya lebih faham dan jelas. Insya Allah saya sedang melalui satu proses pemulihan kesihatan to be fit and healthy.