Relaks. Relaks dulu. Jangan salah faham. Ini dalam konteks bisnes, bukan ehem ehem ye. Dalam bisnes saya yang geli-geli ni, sama ada staff atau wakil jualan atau pelanggan, saya sayang anda jika anda 'sanggup' :-
1. Staff saya pilih adalah mereka yang 'sanggup' berkuli dan bekerja bersama saya. Bukan yang jenis curi tulang atau membodek tak tentu hala. Hehe.
2. Staff saya tak ramai. Jadi, saya memang pilih staff yang 'sanggup' buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Kalau ada yang cuti, saya pulak yang ganti mereka. 'Sanggup' saling membantu itu lebih baik. Sebab tu saya sayang semua staff saya.
3. Saya juga sayang wakil jualan yang 'sanggup' bersengkang mata siang malam demi memastikan dapat capai jualan yang disasarkan.
4. Saya bertambah-tambah sayang wakil jualan yang tak henti-henti minta pelbagai bahan promosi dan nasihat, sebab saya anggap mereka 'sanggup' berusaha sungguh-sungguh cari idea dan strategi pemasaran demi kejayaan bersama.
5. Saya makin sayang wakil jualan yang begitu yakin dan percaya kepada kami sehingga 'sanggup' mengeluarkan modal banyak demi menambah stok. Terima kasih setia dan percaya dengan kami. Kami balas dengan kualiti produk dan kualiti support kami.
6. Akhir sekali, saya paling sayang wakil jualan dan para pelanggan yang 'sanggup' beli produk Azanis yang original dengan kami, walaupun yang tiruan itu lebih murah. Bak kata saya: 'Beli yang original itu tanda sayang'.
Pendek kata, saya sayang anda semua kerana 'sanggup' menjadi salah satu daripada pencetus kisah kejayaan Azanis hari ini.
Tidak lupa juga kepada mereka yang sentiasa mendoakan kami dan 'sanggup' memberi sokongan dari belakang yang tidak putus-putus.
0 ulasan
BerKomenlah dengan Bahasa yang Relevan dan Sopan.. #ThinkHIGH! ^_^